SPAD Minta Bas Ekspres Sentiasa Utamakan Keselamatan Penumpang - Semasa | mStar

SPAD Minta Bas Ekspres Sentiasa Utamakan Keselamatan Penumpang

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan siasatan terperinci ke atas syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11 Jalan Bentong-Raub, Pahang yang meragut tiga nyawa pada Jumaat.

Menurut kenyataan SPAD pada Ahad, antara aspek yang akan diteliti ialah pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan syarikat bas berkenaan. 

"SPAD tidak akan berkompromi dan pasti mengambil tindakan tegas terhadap pengendali (bas terbabit) sekiranya mereka melanggar syarat yang termaktub termasuk dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," kata badan itu.

Bas ekspres Transnasional dua tingkat yang membawa 68 orang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu, Kelantan itu dilaporkan terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dan terbalik.

Nahas pukul 12.30 malam hari Sabtu itu mengorbankan pasangan suami isteri Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, warga Somalia, 31; dan Zarifah Alias, 26, dari Kota Baharu; serta Suhaisam Che Abdullah, 33, dari Batang Kali, Selangor. 

"SPAD ingin menegaskan kepada semua pengendali bas ekspres agar sentiasa memberi penekanan serius dalam aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan bagi memastikan perkhidmatan mengangkut penumpang sentiasa selamat," kata kenyataan itu.
SPAD , kemalangan , Jalan Bentong-Raub

Artikel Sebelum

Johor Wujud Hab Generasi Muda - MB

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain