suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Kereta Rempuh Treler Di Jalan Klang Lama

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu bersama rakannya terbabas lalu merempuh sebuah treler di Jalan Klang Lama di sini Ahad.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Rosli Mohd Noor berkata dalam kejadian 10.45 pagi itu, Kishan Manogaran, 29, bersama rakannya Thanasilan Sandra, 30, dipercayai dalam perjalanan ke pusat bandar.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Kishan gagal dikawal lalu melanggar pembahagi jalan dan terbabas sebelum merempuh bucu kanan belakang treler itu," katanya.

Mangsa yang tersepit, mati di tempat kejadian.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat manakala Thanasilan yang cedera di kepala dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Artikel Lain