suria

Kementerian Pelajaran Akan Kaji Kursus Naiktarafkan Kolej Vokasional- Mary Yap

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching menyampaikan sijil kepada salah seorang daripada 359 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Kolej Vokasional Tawau pada Majlis Konvokesyen Lepasan SPM ke-14 kolej itu di sini Sabtu. -Foto BERNAMA.
TAWAU: Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata pihaknya akan mengkaji semula kursus-kursus yang ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional kementerian dalam usaha menaiktaraf dan mentranformasikan kolej-kolej vokasional di negara ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan menangguhkan pengambilan pelajar bagi beberapa kursus yang mendapat permintaan rendah dalam usaha membangunkan kemudahan yang lebih baik kepada kolej vokasional.


"Bukan semua kursus yang ditangguhkan pengambilan pelajarnya tetapi hanya sebahagian yang terpilih hasil kajian yang dilakukan untuk perubahan kolej vokasional ke arah yang lebih baiK. 

Pihak kami menyedari kekangan kemudahan yang perlu dibangunkan berikutan pertambahan pelajar dan juga transformasi yang dilakukan di kolej vokasional, sebab itu terpaksa menangguhkan pengambilan pelajar untuk kursus tertentu," katanya selepas Merasmikan Majlis Konvokesyen Lepasan SPM ke-14 Kolej Vokasional Tawau di sini, Sabtu.

Katanya, pembangunan fasiliti yang lebih baik perlu dilakukan selepas kolej vokasional kini mula menempatkan pelajar yang mula mengambil program diploma.

Yap juga berkata, untuk menampung permintaan dalam kalangan pelajar di kolej vokasional, kolaborasi bersama kementerian lain dan pihak swasta untuk menempatkan para pelajar berkenaan telah dilakukan.

 "Kita mengadakan kolaborasi dengan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Belia Dan Sukan, pihak Kolej Mara dan pihak industri untuk menempatkan pelajar yang berminat," katanya.


Mary Yap, kolej vokasional

Artikel Lain