suria

Polis Buru Dua Suspek Tembak Anggota Polis

Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang menjejaki dua suspek yang menembak dua anggotanya di Taman Lembah Maju, Ampang di sini pagi Jumaat menerusi petunjuk positif yang baru diperolehi pihaknya.

"Usaha mengesan suspek sedang dibuat kerana kami ada sedikit petunjuk berkenaan suspek," katanya kepada pemberita selepas melawat dua anggota polis itu di Hospital Ampang.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, anggota polis berpangkat lans koperal yang berumur 26 tahun dan konstabel berumur 28 tahun dari Balai Polis Pandan Indah cedera parah di perut serta bahagian ari-ari akibat ditembak oleh suspek. 

Kejadian berlaku ketika dua anggota PDRM itu terserempak dengan dua lelaki berumur sekitar 30-an yang bermotosikal dan dalam keadaan mencurigakan, ketika mereka membuat rondaan.

Artikel Lain