Dipenjara Sebulan Kerana Curi Coklat - Semasa | mStar

Dipenjara Sebulan Kerana Curi Coklat

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah terhadap dakwaan mencuri 21 keping coklat, tiga hari lepas.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan supaya Ahmad Amsraf Abdullah, 37, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan pada 6 April.

Dia didakwa mencuri coklat itu yang kesemuanya bernilai RM71.40, di kedai 7-eleven KL Sentral, Brickfields di sini, pada pukul 10 pagi, hari yang sama.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian pembantu kedai itu melihat tertuduh menyimpan barang curi itu di dalam beg silangnya dan melarikan diri selepas itu tetapi berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan di situ.

Ahmad Amsraf didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Dia yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan kerana tidak mempunyai pekerjaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran.

Mahkamah , Brickfields

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain