suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tian Chua Dan Rafizi Dilarang Masuk Sarawak

Tian Chua (kiri) dan Rafizi.

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli dilarang masuk Sarawak pada Selasa.

Kedua-dua Ahli Parlimen pembangkang itu menulis di twiter bahawa mereka tidak dibenarkan memasuki negeri itu dan diminta untuk pulang ke Kuala Lumpur.

"Penerbangan bersama @AnwarIbrahim @rafiziramli ke Sibu; Rafizi & saya diberitahu tidak dibenarkan masuk ke Sarawak," kata Tian Chua di Twitter.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi menulis di Twitter bahawa beliau dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ditahan di pejabat Imigresen Sibu, bagi menunggu pengusiran.

"Tidak dibenarkan memasuki Sarawak," kata beliau di Twitter.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan memasuki negeri itu.

Terdahulu pada Selasa, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak dibenarkan memasuki negeri itu.

Ahli Parlimen pembangkang berada di Sarawak untuk berkempen sempena pilihan raya kecil (PRK) Balingian yang akan diadakan pada Sabtu.

tian chua, rafizi ramli, pkr

Artikel Sebelum

Artikel Lain