suria

MH370: Peletakan Jawatan Keputusan Peribadi - Ahmad Jauhari

Ahmad Jauhari Yahya.

SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya pada Selasa berkata, beliau akan memutuskan sama ada untuk meletak jawatan atau tidak kemudian, dengan menumpukan usaha berterusan bagi mencari pesawat syarikat penerbangan itu yang dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pada sidang media sama ada beliau akan meletakkan jawatan berikutan kehilangan Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang membawa 239 orang pada 8 Mac lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Isnin mengumumkan pesawat MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi". - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain