suria

MH370: Boeing Rakam Kesedihan

KUALA LUMPUR: Syarikat pembuat kapal terbang Boeing merakamkan kesedihan berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Ingatan dan simpati kami buat keluarga serta orang tersayang yang berada di dalam pesawat ini.

"Boeing akan terus berkhidmat sebagai penasihat teknikal kepada Lembaga Pengangkutan Kebangsaan AS," kata syarikat itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan dari Seattle, Amerika Syarikat.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika sedang merentasi Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

MH370, Boeing, MAS

Artikel Lain