suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Polis Zaman Darurat Dianugerah Pingat

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa menganugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 104 bekas pegawai polis yang berkhidmat pada zaman darurat.

Istiadat penganugerahan itu yang pertama kali diadakan di Semenanjung turut disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Dewan Bankuasi Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini.

Ia diadakan sempena sambutan peringatan Hari Polis Ke-207.

Pingat dikurniakan bagi menghargai jasa kepahlawanan dan bakti mereka kepada negara semasa zaman darurat (12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960) serta zaman insurgensi komunis (17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989).

Ia juga bagi mengiktiraf mereka yang berkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara di Sabah dan Sarawak.

Artikel Lain