suria

MH370: PM Bentang Usul Khas Zahirkan Kesedihan

Pemberita melihat pembentangan usul khas oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul khas di Dewan Rakyat pada Selasa bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Perdana Menteri berkata usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) itu turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat berkenaan.

"Bahawa dewan ini (juga) menyatakan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

"Apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan, rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah hilang di selatan Lautan Hindi," katanya.

Dalam sidang akhbar malam tadi, Perdana Menteri mengumumkan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac menuju ke Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Parlimen, MH370, MAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain