suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bunuh Rakan Sekampung, Empat Lelaki Ditahan

JERANTUT: Empat lelaki diberkas polis pada malam Isnin dipercayai terbabit dalam pergaduhan menyebabkan seorang rakan sekampung mereka terbunuh.

Mangsa, Mohd Sabri Yazid, 33, bekerja sendiri dan menetap di Felda Padang Piol di sini disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh pada 7 malam.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata selepas menerima laporan daripada adik mangsa polis bergegas ke rumah suspek dan manahan mereka kira-kira 9 malam tadi.

"Siasatan awal mendapati hanya seorang sahaja suspek, yang berusia 20 tahun, terlibat dalam pergaduhan itu sementara tiga lagi lelaki hanya ditahan bagi membantu siasatan.

"Polis juga percaya suspek yang positif dadah itu turut berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian," katanya kepada Bernama hari ini.

Polis, Jerantut

Artikel Sebelum

Artikel Lain