suria

Kertas Siasatan PRK Kajang Diserah Keapda DPP Pada Rabu - Polis

Datuk Abdul Rahim Jaafar.

SHAH ALAM: Kertas siasatan berhubung dua insiden yang berlaku ketika proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Ahad lepas akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kertas siasatan itu berkaitan penahanan seorang lelaki yang menghalang tugas polis dan dakwaan seorang lelaki dipukul sekumpulan individu tidak dikenali.

"Kes pertama membabitkan lelaki berusia 43 tahun yang dikatakan menghalang dan memarahi polis kerana menurunkan khemah di persimpangan Jalan Taman Delima manakala satu lagi berkaitan dakwaan seorang lelaki berusia 27 tahun dipukul serta dicederakan sekumpulan lelaki di Sekolah Kebangsaan Kajang," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Polis Peringkat Selangor pada Selasa.

Selain itu, beliau menolak faktor keselamatan sebagai penyebab penurunan jumlah mereka yang keluar mengundi.

"Keanggotaan kita cukup dan keadaan semasa PRK sangat terkawal... jadi penurunan pengundi bukan disebabkan faktor keselamatan," katanya. 

Pada hari pengundian, sejumlah 28,314 pengundi atau 72 peratus daripada keseluruhan 39,278 pemilih berdaftar membuang undi pada PRK itu. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bagaimanapun, jumlah itu menurun sebanyak 16 peratus berbanding 88.4 peratus

pada pilihan raya umum ke-13.

Artikel Lain