suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tumpu Cari MH370 Di Koridor Selatan Tidak Jejas Operasi Koridor Utara

Seorang pegawai Tentera Udara Australia sedang mengesan sebarang petunjuk berkaitan dengan pesawat MH370 di kawasan pencarian di Koridor Selatan. Foto EPA

PETALING JAYA: Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kini bertumpu di koridor selatan setelah satelit beberapa negara mengesan objek-objek yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat itu di kawasan berkenaan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, usaha mencari di koridor utara tetap dilaksanakan tetapi pada skala lebih kecil.

"Tumpuan kita tetap menjurus kepada dua koridor tapi dengan 'petunjuk' dan maklumat terbaharu daripada Perancis, China dan Australia sudah tentu banyak aset kita ditumpukan di koridor selatan.

"Kalau itu dapat disahkan, maka kita tidak teragak-agak untuk bawa semua aset kita dan (aset) negara-negara yang membantu kita ke koridor selatan. Selagi pengesahan tidak berlaku, itu tak adil kepada keluarga penumpang-penumpang untuk kita hanya tumpukan kepada koridor selatan," katanya pada sidang media mengenai MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Isnin.

Artikel Lain