suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Kajang: Hanya 72 Peratus Keluar Mengundi

KAJANG:Sehingga pukul 5 petang selepas kesemua 16 pusat mengundi ditutup, seramai 28,314 atau 72 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang keluar mengundi.

Jumlah itu merosot sebanyak 16 peratus berbanding peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu iaitu sebanyak 88 peratus.

Peratus berkenaan juga berkurangan daripada sasaran awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjangkakan jumlah keluar mengundi bagi PRK Kajang ialah sebanyak 80 peratus.

PRK Kajang menyaksikan saingan satu lawan satu antara wakil BN, Datin Paduka Chew Mei Fun menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ia diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas.


Kajang, PKR, Barisan Nasional

Artikel Berikut

Artikel Lain