suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kualiti Udara Di Seluruh Negara Semakin Pulih

Jarak penglihatan sedikit pulih dari kesan jerebu di salah sebuah lebuh raya.

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara semakin pulih dan tiada kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 pagi Isnin.

Menurut senarai bacaan IPU dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), 11 kawasan mencatat IPU sederhana baik manakala 41 kawasan mencatat bacaan baik.

Kawasan mencatat bacaan sederhana antaranya Muar (57), Kangar (53), Kuala Selangor (60) dan Putrajaya (68) sementara kawasan merekodkan bacaan baik ialah Kuala Terengganu (24), Kuching (19), Seri Manjung (21) dan Alor Setar (47).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk ke portal http:apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU.

Artikel Lain