suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Ditemui Dalam Dusun Durian

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam dusun durian di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di sini pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Baharom Abu berkata mayat tanpa sebarang dokumen itu ditemui kira-kira 8 pagi oleh pemilik dusun yang kemudian memaklumkannya kepada polis. 

Pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa dalam lingkungan 20-an mati di tempat lain sebelum dibuang di dusun berkenaan. 

"Setakat ini siasatan kita mendapati tiada sebarang kecederaan dialami mangsa dan polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mati akibat jangkitan kuman pada paru-parunya.

"Ini berdasarkan kepada empat kes penemuan mayat warga asing sebelum ini yang hasil bedah siasat mendapati semua mereka mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru," kata Baharom.
Baharom Abu, Machang Bubok

Artikel Lain