Penyiasat Putuskan Pesawat MH370 Dirampas - Semasa | mStar

Penyiasat Putuskan Pesawat MH370 Dirampas

Kelihatan seorang jemaah mengalirkan air mata ketika mengaminkan doa selepas solat hajat untuk MH370 anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Dewan Protokol Seri Perdana, Putrajaya pada Jumaat. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menurut laporan Associated Press, seorang pegawai kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa salah seorang juruterbang atau terdapat individu lain yang mempunyai kemahiran mengendali pesawat telah merampas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pegawai itu yang terlibat dalam siasatan misteri kehilangan MH370 berkata belum dapat mengetahui motif sebenar rampasan pesawat itu dan lokasi di mana pesawat itu diterbangkan.

Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata, rampasan pesawat bukan lagi satu teori tetapi sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan.

Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu.

Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

MH370 , MAS , KLIA , Beijing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Galeri Gambar Pencarian MH370 - Sabtu

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel