suria

Galeri Gambar Pencarian MH370 - Sabtu

Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berbincang sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat MH370 di Selat Melaka. - AFP
HIMPUNAN gambar berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kini masuk hari kelapan.

Anggota mencari dan menyelamat dari Indonesia meninjau keadaan sekeliling ketika menuju ke Laut Andaman untuk mengesan pesawat MH370. - EPA

Kolonel Do Duc Minh (kiri) dari Tentera Udara Vietnam menunjuk peta kepada anak-anak buahnya sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat MH370. -EPA

Kapal pemusnah berpeluru, USS Kidd sedang bergerak menuju ke Laut Andaman dan Teluk Bengal.

Skrin elektronik di Menara Umno, Kuala Lumpur mempaparkan perkataan 'Pray for MH370' yang masih belum dapat dikesan sehingga hari ini. - EPA 


Sekumpulan pelajar bergambar dengan berlatarbelakangkan kata-kata ucapan dan semangat yang ditulis oleh orang ramai sebagai tanda sokongan dan simpati kepada nasib anak kapal dan penumpang penerbangan Malaysia MH370 di anjung tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). -EPA






MH370, MAS

Artikel Lain