suria

Nik Nazmi Umum Tanding Ketua AMK

Nik Nazmi
Nik Nazmi

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini.

Pengumuman pendirian Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berusia 32 tahun itu kini menyaksikan beliau bakal berhadapan dalam saingan tiga penjuru.

Sebelum ini Adun Batu Caves, Amirudin Shari, 32 dan penyandang jawatan Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Yunus, 30, mengumumkan akan turut serta merebut jawatan tertinggi sayap parti itu.

Menerusi pemilihan PKR yang akan bermula April ini, Nik Nazmi bakal berkempen secara berkumpulan bersama Adun Teja, Chang Lih Kang yang menawarkan diri bagi jawatan timbalan ketua.

Sementara itu tiga calon bagi jawatan naib ketua yang turut sama berada dalam kumpulan Nik Nazmi ialah Nor Hizwan Ahmad, R. Sri Sanjeevan dan Carol P. Malawai.

Artikel Lain