suria

Lelaki Ditahan Ketika Cuba Curi Kereta

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang diserang oleh sekumpulan orang ramai kerana cuba mencuri kereta telah ditangkap.

"Dia cuba untuk memecah masuk ke dalam sebuah kereta dengan bantuan seorang rakan di tempat letak kereta pasar raya," kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat.

"Walau bagaimanapun, orang ramai yang lalu di situ menyedari tindakannya dan mula bertindak terhadapnya," katanya.

Beliau berkata lelaki itu tidak lama kemudian ditangkap berhampiran pasar raya di Bukit Tinggi, Klang, pada Ahad.

Lelaki itu, katanya, telah membalas tindakan orang ramai terhadapnya dengan menyerang mereka dengan kayu.

"Salah seorang daripada mereka telah dipukul di kepala," kata Kamarul Zaman.

Beliau berkata orang awam berjaya menundukkan lelaki itu dan mengikatnya.

"Malangnya, seorang rakannya melarikan diri tanpa sesiapa pun berjaya menangkapnya," katanya.

Rakaman video kejadian itu telah tersebar di Facebook, menunjukkan lelaki itu dipukul oleh orang ramai.

"Polis tiba di tempat kejadian sejurus selepas itu untuk meleraikan keadaaan.

"Suspek telah dibawa ke Balai Polis Klang bagi membantu siasatan," tambahnya.

Artikel Lain