suria

Bapa Hadapi Tuduhan Bunuh, Kelar Anak

KAJANG: Seorang lelaki yang menganggur pada Khamis didakwa membunuh anak perempuannya berumur tujuh tahun dan mengelar dua lagi anak perempuannya dengan parang pada minggu lepas.

Norazman Mohammad, 43, yang menerima rawatan di Hospital Kajang di sini menyebabkan majistret, Abdul Jalil Salam Mohamad terpaksa berada di hospital itu.

Norazman dituduh membunuh Zulaikha menggunakan parang, tiga selepas budak perempuan itu menyambut hari kelahirannya.

Dia juga berhadapan dengan dua dakwaan kerana menyebabkan kecederaan dan cubaan membunuh dua lagi anak perempuannya, Maryam, 10, dan Liyana, 12.

Menurut keterangan dakwaan, kesalahan itu berlaku di sebuah rumah di Seksyen 4, Bandar Baru Bangin pada pukul 4 petang pada 30 Januari lalu.

Tiada ikat jamin bagi dakwaan pertama kerana ia merupakan kesalahan membunuh.

Bagaimanapun, Norazman mohon untuk dibicarakan terhadap dua lagi pendakwaan.

Jika disabitkan bersalah kerana membunuh Zulaikha, bapa itu akan berhadapan dengan hukuman gantung, manakala dua lagi dakwaan di bawah Seksyen 307 kerana cubaan membunuh, dengan setiap kesalahan dikenakan hukuman penjara 20 tahun.

Para pemberita tidak dibenarkan memasuki bangunan hospital kerana Norazman ditahan di wad pesakit lelaki.

Timbalan pendakwa raya, S. Abivami memberitahu para pemberita bahawa tarikh mahkamah seterusnya pada 25 Februari.

Norazman diwakili peguam, Nasar Khan, yang dilantik oleh isterinya.

Artikel Lain