PRK Kajang: PDRM Tempatkan Anggota Dan Kelengkapan Polis Mencukupi - KPN - Semasa | mStar

PRK Kajang: PDRM Tempatkan Anggota Dan Kelengkapan Polis Mencukupi - KPN

Khalid dan Ibrahim (dua, kiri) bertukar dokumen selepas menandatangani perjanjian persefahaman berhubung penubuhan Subjek Sains Forensik selepas menyampaikan ceramah pada majlis Bicara Tokoh
Khalid dan Ibrahim (dua, kiri) bertukar dokumen selepas menandatangani perjanjian persefahaman berhubung penubuhan Subjek Sains Forensik selepas menyampaikan ceramah pada majlis Bicara Tokoh "Isu-isu Keselamatan Negara dari Perspektif PDRM) di UMT pada Rabu.

KUALA TERENGGANU: Polis Diraja Malaysia akan menempatkan bilangan anggota dan kelengkapan mencukupi bagi menjaga keselamatan dan keamanan sepanjang proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bulan hadapan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya kini bersedia untuk menghadapi PRK itu dan memberi jaminan proses itu akan berjalan lancar. Beliau berkata pihaknya juga sedia menghadapi sebarang kemungkinan semasa PRK itu.

Ia bukanlah pertama kali diadakan bagi penggal ini dan polis sudah pastinya menggunakan pengalaman sebelumnya dalam mengendalikan PRK, katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Tokoh dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan PDRM di sini Rabu.

Khalid berkata pihaknya juga telah mengenalpasti beberapa kawasan panas di DUN berkenaan namun enggan mengumumkannya kerana masih terlalu awal.

"Setiap PRK ada corak tersendiri dan kita tengoklah di Kajang ini apa yang perlu dipertingkatkan lagi," katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pengundian PRK DUN Kajang manakala penamaan calon pada 11 Mac.

PRK itu diadakan ekoran Wakil Rakyat PKR Lee Chin Cheh melepaskan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang pada 27 Januari. - BERNAMA

Artikel Sebelum

PRK Kajang: Hari Mengundi 23 Mac

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain