suria

Hasan Malek Nafi Khabar Angin Letak Jawatan

Hasan Malek.
Hasan Malek.

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek menafikan khabar angin berhubung peletakan jawatannya.

Malah, beliau juga enggan melayan khabar angin seperti itu.

"Tiada keperluan untuk saya menjawab soalan tersebut kerana isu itu tidak pernah berbangkit sama sekali.

"Pada saya, apa yang penting adalah saya di sini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dan akan terus berbuat demikian dengan ikhlas dan sebaik yang mungkin," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pusat Transformasi Bandar Pudu di sini, Isnin.

Terdahulu, sebelum sidang media diadakan, pemberita diminta oleh pegawai kementerian terbabit untuk tidak bertanyakan mengenai khabar angin itu dan isu membabitkan kementerian tersebut.

Pada Jumaat lalu, kementerian tersebut mengeluarkan satu kenyataan media menafikan khabar angin mengenai peletakan jawatan Hasan yang tersebar di laman sosial Facebook pada Khamis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain