Kementerian Pendidikan Siap Sedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir - Semasa | mStar

Kementerian Pendidikan Siap Sedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir

P. Kamalanathan.
P. Kamalanathan.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan membuat persiapan untuk menyediakan lokasi sementara buat pelajar sekiranya gelombang kedua banjir melanda negara.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberi penerangan kepada para pegawai pendidikan daerah di Kelantan, Terengganu dan Pahang mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlakunya banjir.

"Ini bukan pertama kali kita berhadapan dengan banjir. Ia berlaku setiap tahun tetapi tahun sedikit berbeza kerana kita turut membuat persiapan untuk gelombang kedua.

"Kesemua sekolah terutama yang berhampiran dengan kawasan yang mudah dilanda banjir telah diberikan arahan untuk bersiap-sedia supaya mereka boleh memulakan sesi persekolahan tahun depan dengan selamat," katanya pada sidang media, Khamis.

Beliau menambah, Kementerian Pendidikan dan MKN serta pihak berkuasa tempatan di ketiga-tiga negeri telah diarahkan untuk menyediakan kemudahan seperti jaket keselamatan dan bot bagi mengelakkan sebarang kesulitan sekiranya berlaku banjir.

Kamalanathan turut berkata bahawa kementerian akan memastikan sesi persekolahan tidak akan terganggu begitu lama.

"Keselamatan para pelajar akan dijamin tetapi ibu bapa mereka dinasihatkan untuk memainkan peranan mereka apabila sekolah dibuka semula.

"Kita sering melihat kanak-kanak bermain dengan air, tetapi dengan keadaan gelombang kedua banjir, ibu bapa dinasihatkan untuk memantau anak-anak mereka semasa dan selepas waktu persekolahan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain