suria

Hari Kedua Perhimpunan Agung MCA Bahas Ucapan Presiden

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, yang memasuki hari kedua dan terakhir pada Ahad, bersambung dengan perwakilan membahaskan ucapan dan resolusi diikuti ucapan penggulungan.

Perhimpunan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Sabtu.

Speaker Datuk Yik Phooi Hong, yang mempengerusikan perhimpunan, memulakan sesi pagi Ahad dengan memperkenalkan barisan baharu kepimpinan tertinggi parti, yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan.

Sejumlah 18 pembahas dijadual menyampaikan perbahasan mereka, termasuk wakil daripada sayap Pemuda, Wanita dan kepimpinan tertinggi parti, bermula 9 pagi.

Pada Sabtu, Datuk Seri Liow Tiong Lai dipilih presiden baharu MCA setelah mengalahkan dua pencabarnya dalam pemilihan presiden parti.

Jawatan timbalan presiden pula disandang Datuk Dr Wee Ka Siong.

Dalam pemilihan pada Sabtu, 2,385 perwakilan turut memilih empat naib presiden dan 25 anggota Jawatankuasa Pusat.

Dua pembahas pertama -- Datuk Dr King Lim Chin Fui (Teluk Kemang) dan Ang Sui Eng (Taiping) mengingatkan anggota parti supaya menamatkan sikap berpuak-puak dan membantu pemimpin yang baru dipilih itu menerajui parti melangkah ke era baharu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain