KUALA LUMPUR: Lebuhraya SMART di sini akan ditutup kepada lalu lintas bermula 11 malam Rabu hingga 6 pagi Khamis untuk kerja menyelenggarakan sistem terowong lebuh raya itu.Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart) dalam kenyataan pada Selasa berkata pengguna boleh menghubungi talian bantuan Smart 1-300-88-7188 untuk pertanyaan lanjut mengenai penutupan itu. - BERNAMA