suria

Dua Anggota Geng Mamak Antara Empat Ditahan

PETALING JAYA: Polis menahan empat suspek yang terlibat dalam satu rompakan di hadapan farmasi di Bandar Pinngiran Subang pada kira-kira pukul 5.35 pagi Khamis.

Dua daripada suspek yang ditahan dipercayai adik beradik yang mempunyai kaitan dengan kumpulan penjenayah Geng Mamak.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata, pemilik farmasi telah dimaklumkan oleh pihak polis apabila penggera premis itu berbunyi selepas sekumpulan memecah tingkat hadapan dan mengopak pintu hadapan.

"Tiga suspek sedang menunggu di dalam kereta manakala seorang lagi sedang menunggu di hadapan farmasi polis ketika anggota polis tiba.

"Mereka cuba untuk melarikan diri tetapi kita berjaya untuk mengepung kawasan berkenaan bagi menyekat mereka," katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah, polis menemui 35 tin susu tepung, 18 kota vitamin, 12 botol minyak ubat dari kenderaan suspek.

"Kita turut merampas tiga kapak, tukul, pisau, parang, gergaji dan tiga topeng ski.

"Kita percaya suspek turut terlibat dengan kes pecah masuk dan rompakan di kawasan itu," katanya.

Geng Mamak, yang dipercayai terlibat dengan siri rompakan pada tahun 1980-an dan antaranya adalah rompakan jongkong emas bernilai RM12 juta di lapangan terbang Subang pada Ogos 1994.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Artikel Lain