Banjir: Beberapa Pejabat Pos Di Pahang & Terengganu Ditutup - Semasa | mStar

Banjir: Beberapa Pejabat Pos Di Pahang & Terengganu Ditutup

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia menutup sementara beberapa buah pejabat Pos dan pusat PosLaju di Pahang dan Terengganu berikutan keadaan banjir yang semakin buruk.

Pejabat Pos yang terlibat ialah di Kuantan, Balok, Air Putih, Beserah, Komtar dan UTC Kuantan di Pahang dan Jalan Air Putih, Bukit Besi dan Chukai di Terengganu.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu memberitahu, banjir telah juga menjejas operasi penghantaran surat Pos Malaysia.

Operasi yang terjejas ialah di Mersing, Batu Anam dan Segamat di Johor dan Bandar Pusat Jengka, Jerantut, Kuala Lipis, Pekan, Kuala Rompin, Maran, Balok, Chini, Gambang, Sungai Lembing, Nenasi dan Paloh Hinai di Pahang.

Juga terjejas ialah kawasan di Terengganu seperti Kuala Berang, Dungun, Kuala Terengganu, Cheneh, Cukai, Air Putih, Bukit Payong, Kerteh, Paka dan Sungai Tong. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati