suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

452 Mangsa Banjir Dipindahkan di Kemaman

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di daerah Kemaman semakin buruk dengan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan hari ini meningkat kepada 452 orang berbanding, 20 mangsa petang Isnin.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) sehingga pukul 10 pagi, sebanyak 121 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan di daerah ini.

Pusat pemindahan banjir terdiri daripada rumah tamu, masjid, bangunan sekolah, dewan orang ramai, masjid dan surau.

Dua batang jalan di daerah Kemaman ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Kampung Teladas dan Jalan Paya Seratus berikutan dinaiki air setinggi 0.6 hingga 1.6 meter.

Sementara Jalan Jerangau-Jabor ditutup kepada kenderaan ringan.

Paras air sungai Kemaman di Jambatan Air Puteh dan Hulu Jabor juga dilaporkan sedang meningkat dan berbahaya.

Di daerah Hulu Terengganu, tiga batang jalan ditutup kepada semua kenderaan pagi ini kerana ditenggelami air banjir sedalam 0.6 hingga 1.5 meter.

Jalan-jalan berkenaan ialah Jalan Utama Felda Tengkawang ke Lubuk Periok, Jalan Felda Tengkawang ke Kampung Peneh dan Jalan Bukit Diman ke Pengkalan Ajal. -BERNAMA

Artikel Lain