Perhimpunan Agung Umno 2013 Bermula - Semasa | mStar

Perhimpunan Agung Umno 2013 Bermula

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013...Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (duduk, kanan) mendengar penerangan daripada Eksekutif Foto New Straits Times (NST) Salim Shaari ketika melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada Selasa. Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (berdiri, berdiri) dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh (berdiri, kanan). -Foto BERNAMA.
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013...Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (duduk, kanan) mendengar penerangan daripada Eksekutif Foto New Straits Times (NST) Salim Shaari ketika melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada Selasa. Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (berdiri, berdiri) dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh (berdiri, kanan). -Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2013 bermula pada Selasa dengan majlis perasmian serentak tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Perasmian akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, 8 malam ini.

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden Umno akan menyampaikan amanatnya pada majlis taklimat tertutup di Dewan Merdeka, PWTC yang turut dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.

Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,726 perwakilan.

Sementara itu, Forum Antarabangsa Umno 2013 masuk hari kedua dan terakhir hari ini bermula dengan sesi ketiga pada 9 pagi dengan tajuk 'When Power Is Might Is There Hope For Global Moderation'.

Sesi itu bakal menampilkan Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Ambri Baharuddin sebagai moderator dan menampilkan lima anggota panel iaitu Naib Pengerusi Suruhanjaya Hubungan Luar bagi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Vuong Thua Phong; Pengerusi Parti Golkar dari Indonesia Aburizal Bakrie; Ketua Biro Politik Hamas dari Palestin Khaled Mesha'al; Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Luar, Keadilan dan Pembangunan Parti AK dari Turki Mevlut Cavusoglu; dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Pengerusi forum itu Datuk Dr Norraesah Mohamad dijadual membuat ucapan penggulungan sebelum Muhyiddin menutup forum itu.

Seramai 121 wakil daripada 31 parti politik dari 25 negara menyertai forum itu termasuk pergerakan Fatah dan Hamas dari Palestin; Barisan Pembebasan Islam Moro dari Filipina; dan Parti Komunis China. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

BWF lulus penggunaan bulu tangkis sintetik