suria

Suami Isteri Rugi RM34,000, Rumah Dimasuki Pencuri

TAWAU: Sepasang suami isteri warga emas kerugian kira-kira RM34,000 selepas rumah mereka di Kampung Pasir Putih di sini dimasuki pencuri pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kedua-dua mangsa yang berusia 70-an itu hanya menyedari rumah mereka dimasuki, kira-kira pukul 1 petang selepas mendapati sebuah beg tangan yang mengandungi beberapa barangan berharga hilang.

"Ketika kejadian, kedua-dua warga emas terbabit sedang berehat di dalam rumah dengan keadaan pintu rumah terbuka. Kami mendapati tiada kesan pecah masuk ke dalam rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata antara barangan yang hilang ialah beberapa utas barang kemas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM34,000. - BERNAMA

Artikel Lain