Jeritan Kebakaran Selamatkan 30 Pekerja Kilang Peralatan Besi - Semasa | mStar

Jeritan Kebakaran Selamatkan 30 Pekerja Kilang Peralatan Besi

BUKIT MERTAJAM: Tindakan pantas seorang pekerja menjerit bagi memaklumkan kebakaran di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak di sini berjaya menyelamatkan nyawa 30 pekerja kilang itu.

Kebakaran pada 11.40 pagi itu disedari seorang pekerja bahagian pengeluaran produk kilang peralatan besi berkenaan.

Seorang daripada pekerja yang hanya ingin dikenali sebagai Lim berkata ketika kejadian, mereka sedang tekun bekerja sebelum dikejutkan dengan jeritan pekerja berkenaan dan dia terus menghubungi bomba.

Pegawai Bomba Kanan Dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam Hamid Khalid memaklumkan pemberita bahawa jentera pertama tiba di kilang berkenaan tujuh minit selepas menerima panggilan dan ketika itu, dua tong dram berisi minyak terpakai sedang terbakar.

Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kilang berhampiran dalam tempoh 15 minit, dan api dipadamkan setengah jam kemudian.

Katanya, sebanyak 12 anggota dari Balai Bomba Bukit Mertajam dan Bandar Perda dibantu 20 sukarelawan terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

Hamid berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan namun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain