suria

Salahkan SPR, PAS Juga Buat Salah - Perwakilan Johor

Datuk Nik Aziz Nik Mat mengundi bagi jawatan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) pusat PAS pada pemilihan semula yang diadakan pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam pada Sabtu.

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemilihan PAS ditempelak kerana gagal mengendalikan proses pemilihan parti itu yang sepatutnya selesai pada Jumaat.

Perwakilan PAS Johor, Firdaus Masood berkata, kesilapan teknikal yang berlaku pada kertas undi bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merupakan sesuatu yang memalukan dan mencemarkan imej parti itu.

Katanya, kesilapan itu tidak seharusnya berlaku memandangkan PAS bersama pakatan pembangkang secara konsisten mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan proses pilihan raya.

"Kita selalu salahkan SPR buat salah, sedangkan parti kita sendiri pun buat salah.

"Pakatan anjurkan siri perhimpunan Bersih dan Blackout untuk tuntut pilihan raya bersih dan adil...tapi kita (PAS) sendiri buat hal (bermasalah)," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59 di Stadium Melawati di sini, Sabtu.

Pada Jumaat Jawatankuasa Pemilihan terpaksa membatalkan pengundian bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selepas hampir 45 minit pengundian dijalankan.

Pembatalan itu memaksa jawatankuasa yang dipengerusikan Asmuni Awi itu akhirnya memutuskan untuk menangguhkan dan mengadakan pemilihan semula bagi jawatan tersebut pada Sabtu.

Bagaimanapun pengundian bagi jawatan timbalan dan naib presiden diteruskan seperti biasa pada Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain