suria

Laluan Kontra Sementara Di KM280.6 PLUS Bermula Esok

KUALA LUMPUR: Satu laluan kontra sementara akan dibuka selama dua hari di KM280.6 (arah Utara) di antara Persimpangan Seremban ke Nilai Lebuhraya Utara-Selatan, bermula Selasa.

Menurut kenyataan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) pada Isnin, laluan kontra itu dibuka dari 11 malam hingga 4 pagi untuk membolehkan kerja-kerja pemasangan rasuk di Jambatan Nilai-Mantin.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan pemandu supaya mematuhi papan tanda dan arahan yang dikeluarkan.

Sementara itu, PLUS juga akan menutup kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh pada Selasa dan Khamis untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

R&R Ayer Keroh (arah utara) di KM205 akan ditutup pada Selasa manakala arah selatan di KM209.9 ditutup pada Khamis bermula 12.01 tengah malam hingga 4 pagi.

Semasa kerja penyelenggaraan dijalankan, semua gerai dan kemudahan awam juga ditutup kecuali stesen minyak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain