suria

Kita Kehilangan Air Bernilai Trilion Ringgit

Seorang pemandu memperlahankan keretanya untuk melihat kebocoran paip yang berlaku Jalan Desa Aman 1 di Desa Aman, Cheras.
Seorang pemandu memperlahankan keretanya untuk melihat kebocoran paip yang berlaku  Jalan Desa Aman 1 di Desa Aman, Cheras.
Seorang pemandu memperlahankan keretanya untuk melihat kebocoran paip yang berlaku Jalan Desa Aman 1 di Desa Aman, Cheras.

PETALING JAYA: Kebocoran air akibat paip yang sudah berusia menyebabkan negara mengalami kerugian dua trilion liter air yang dirawat, menyebabkan pengguna mendapat kualiti yang tidak berkualiti dan akhirnya menyebabkan pengguna sering mengalami gangguan bekalan air.

Ini lebih memburukkan keadaan dengan masalah paip yang usang sepanjang 43, 890 kilometer di seluruh negara.

Kebanyakan paip ini diperbuat daripada simen asbestos (AC) dan telah digunakan sejak berdekad lamanya.

Jangka hayat paip ini ialah 30 tahun dengan kebanyakannya telah pun melangkaui tempoh masa berkenaan dan hampir kepadanya.

Tahun lalu sahaja kita kehilangan, hampir dua trilion liter air terawat.

Air tanpa hasil (NRW) adalah lebih daripada satu pertiga daripada semua air terawat yang dipam keluar daripada loji rawatan pada 2012 - ia cukup untuk membekalkan air kepada setiap keluarga di negara ini selama 189 hari atau memenuhi 797, 600 kolam renang yang digunakan kejohanan Sukan Olimpik.

Kebocoran paip ini menyebabkan operator air mengepam lebih banyak demi menampung keperluan pengguna.

"Gangguan bekalan air yang sering berlaku disebabkan kebocoran paip dan penyelenggaran boleh menyebabkan tekanan air yang rendah kepada pengguna sekaligus menyebabkan kualiti air terjejas," kata Ahli Majlis Persatuan Air Malaysia, Hai­ri Basri.

Pada 2012, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mendapati 1.994 trilion liter air dibazirkan, dan 3.479 trilion liter digunakan oleh pengguna - dengan paras NRW ialah 36.48 %.

Hairi berkata: "Kita tidak boleh berbangga dengan kehilangan 36.4% air sebelum ia sampai kepada pengguna."

Sementara itu, Pengarah Eksekutif SPAN (Bahagian Penyelenggaraan Air), Marzuki Mohammad berkata pemasangan paip AC telah dihentikan sejak awal 90 an dan sudah tiba masanya paip di negara ini perlu digantikan dengan yang baru.

Syarikat konsesi air pada zaman moden menggunakan paip tembaga, keluli tahan karat mahupun besi.

"Sekiranya penggantian tidak segera dilakukan, paip yang usang ini akan menyebabkan peningkatan pembaziran NRW yang lebih besar dan syarikat konsesi air akan mengalami lebih banyak kerugian," katanya.

Pada 2011, sebanyak 1.939 trilion air dibazirkan.

Tahun lalu pula, kita kehilangan sebanyak 1.939 trilion liter dan dijangka kita akan kehilangan 55 bilion liter lagi.

Pada tahun lalu, setiap 84 saat ada sahaja laporan paip pecah, bocor dilaporkan di Malaysia, dengan 376, 159 aduan diterima secara keseluruhannya.

Gangguan bekalan air tidak berjadual yang dicatatkan juga mecatatkan peningakatan daripada 214,270 pada 2011 kepada 238,542 pada 2012.

Artikel Sebelum

Artikel Lain