suria

PM Bangga Kejayaan Pahang Julang Trofi Piala Malaysia 2013

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Ahad melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013.

"Saya bangga dengan juara Piala Malaysia 2013, Pahang. Penantian 21 tahun berakhir malam ini," kata Najib menerusi tweet terbaharunya sejurus selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 Pahang menentang Kelantan di Stadium Shah Alam tamat dengan keputusan 1-0.

Najib, yang berasal dari Pahang, adalah Anggota Parlimen Pekan.

Dalam tweet yang sama, Najib turut mengucapkan syabas kepada pasukan Kelantan.

"Cuba lagi tahun depan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Anwar Beritahu PAS GST Efisyen

Artikel Lain