suria

PM Harap Rakyat Malaysia di Manchester Berada Dalam Keadaan Selamat

Kontraktor membersihkan pokok tumbang ekoran ribut petir yang melanda London pada Isnin. Lebih 300,000 rumah terputus bekalan elektrik di sekitar utara Europah dan beberapa penerbangan serta jadual perjalanan keretapi terpaksa ditangguhkan ekoran ribut petir yang turut melanda beberapa negara Eropah, sekurang-kurangnya tiga orang meninggal dunia setakat ini. - Foto AFP.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua rakyat Malaysia di Manchester berada dalam keadaan selamat berikutan ribut St Jude yang melanda England dan Wales pada Isnin.

"(Saya) terpaksa membatalkan lawatan saya ke Manchester berikutan ribut St Jude. Harap semua rakyat Malaysia di sana selamat," katanya melalui Twitter beliau.

Perdana menteri dijadual memulakan hari pertama lawatannya ke Manchester.

Ribut itu, yang dikatakan paling buruk dalam tempoh sedekad, dilapor bertiup pada kelajuan sehingga 160km sejam. Laporan media berkata ribut itu turut melanda Belanda.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong sebelum ini berkata kira-kira 1,000 rakyat Malaysia yang menuntut di kawasan terjejas dengan ribut itu selamat.

Najib, yang tiba di London awal pagi Ahad dari Kuala Lumpur, berada di sini untuk lawatan kerja ke UK dari 27 hingga 31 Oktober -BERNAMA

Artikel Lain