suria

Buruh Maut Dihempap Kenderaan Yang Dipandu

KUANTAN: Seorang buruh maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbalik dan menghempapnya di kawasan pembalakan Ulu Berakit dekat Gambang.

Dalam nahas jam 5 petang semalam, Rozaiman a/l Ramli, 23, berasal dari Kampung Orang Asli Gedung Siam dekat Paya Bungor mati di tempat kejadian.

Pemangku Tadbir dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata nahas dipercayai berlaku apabila mangsa tiba-tiba hilang kawalan semasa melalui jalan berbukit di kawasan pembalakan itu lalu terbalik.

"Ekoran itu kenderaan pacuan empat roda terbabit telah menghempapnya menyebabkan mangsa cedera teruk di kepala dan badan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain