suria

Sungai Petani: Ali Yahaya Gagal Pertahanan Jawatan

SUNGAI PETANI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ali Yahaya gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani apabila tewas kepada pencabarnya, Mejar (B) Datuk Abdul Rahim Saad dalam pemilihan pada Sabtu.

Ali, yang memperoleh 276 undi, kalah dengan hanya 12 undi kepada Abdul Rahim yang mendapat 288 undi. Seorang lagi calon, Adnan Abdullah Sabil mendapat 128 undi.

Sementara itu, Umno Kedah mencatatkan sejarah tersendiri apabila mendapat seorang wanita sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian yang baharu.

Bekas Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof, dipilih sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani selepas menewaskan dua pencabar, Datuk Mohd. Firdaus Zakaria dan Mahmad Rajee Ghazali.

Shahanim mendapat 389 undi manakala Mohd. Firdaus memperoleh 278 undi dan Mahmad Rajee, 23 undi.

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain