suria

Perwakilan Umno Kuantan Meninggal Dunia

KUANTAN: Seorang perwakilan Umno Kuantan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menghadiri mesyuarat perwakilan dan pemilihan bahagian itu di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Pahang Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim berkata Mohamed Ariffin Awang, 69, merupakan anggota Umno Cawangan Batu 3, Sungai Isap.

Beliau dikatakan jatuh pengsan pada 9.20 pagi dan diberi rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan di dewan itu sebelum dibawa ke sebuah hospital pakar di sini, dan disahkan meninggal dunia, katanya kepada pemberita.

Menurut Abdul Jabbar Allahyarham antara 422 perwakilan yang menghadiri mesyuarat bahagian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad yang dihubungi mengesahkan kejadian. - BERNAMA

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain