Lelaki Bawa Empat Pelajar Masuk Hutan Ditahan - Semasa | mStar

Lelaki Bawa Empat Pelajar Masuk Hutan Ditahan

BALING: Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang terbabit membawa empat pelajar dari Kampung Bukit Rawa, Sedim ke dalam hutan simpan Gunung Inas dekat sini pada petang Aidiladha Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling ASP Md Nazir Osman berkata lelaki berkenaan ditahan di kawasan rumah keluarganya di Kampung Sungai Buluh, Karangan dekat sini pukul 12.30 tengah hari Khamis.

Lelaki itu dipercayai membawa empat pelajar memasuki kawasan hutan di Bukit Wang Kerbau berhampiran kaki Gunung Inas di sini Selasa lepas.

Empat pelajar itu yang kemudiannya dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat petang Rabu.

Mereka iaitu Mohd Hafiz Ridzuan, 14, Ahmad Mohamad Md Dahari, 11, dan Rohaizat Jamaluddin, 10, ditemui di Lata Lubuk Buluh pada pukul 6.45 petang kira-kira enam kilometer dari kaki gunung tersebut.

Seorang lagi mangsa iaitu kakak kepada Ahmad Mohamad, Aina Nadia, 13, ditemui dalam keadaan pengsan dan dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan.

Penduduk dan waris kepada empat pelajar berkenaan bersyukur dengan tertangkapnya lelaki berkenaan yang menyebabkan anak-anak mereka terpedaya dengan helah lelaki itu untuk membawa pelajar berkenaan masuk ke dalam hutan Simpan Gunung Inas kononnya untuk menjerat monyet.

Md Dahari Jahaya, 57, bapa dua mangsa tersebut berkata beliau bersyukur dengan tertangkapnya lelaki itu.

"Saya serahkan kepada pihak berkuasa dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari anak saya sepanjang mareka berada dalam hutan Simpan Gunung Inas," katanya.

Sementara itu Anggota Parlimen Baling Datuk Abd Azeez Abd Rahim mahu empat pelajar berkenaan mendapatkan rawatan segera di Hospital Daerah Baling hari ini walaupun mereka ditemui selamat.

"Saya bimbang kerana mereka semalaman dalam hutan, tidak tidur kerana ketakutan dan tidak mendapat makanan semalaman hingga ditemui. Dibimbangi akan dijangkiti penyakit dari gigitan nyamuk semasa berada dalam hutan berkenaan," katanya.

Salah seorang mangsa, Mohd Hafiz berkata mereka tidak tidur semalaman kerana ketakutan dan sering menerima arahan lelaki itu supaya tidak bergerak jika tidak mendapat arahan darinya.

"Kami hanya minum air parit untuk menahan lapar kerana sewaktu mengikuti lelaki itu kami tidak makan nasi selain makan ketupat dan lemang sahaja," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain