suria

Shahrizat Pertahan Jawatan Ketua Wanita Bahagian Kepong

PETALING JAYA: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Kepong.

Beliau dan Ahli Jawatankuasa Wanita Bahagian diumumkan sebagai pemenang sebelum bermulanya mesyuarat perwakilan bahagian pada pukul 10.30 pagi Sabtu.

Shahrizat yang tidak pernah dicabar bagi jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian sejak beliau memenanginya pada 1989.

Bagaiamanapun, bagi jawatan Ketua Wanita Umno, Shahrizat yang juga penyandang kerusi dicabar oleh Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin.

Keputusan pemilihan parti peringkat pusat akan diumumkan secara berperingkat seawal pukul 7 malam.

Artikel Lain