suria

Trend Undi Tunjukkan BN Ada Peluang Rampas Sungai Limau - Shafie Apdal

SEMPORNA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada pilihan raya kecil 4 November ini.

Katanya ini kerana trend pengundian di kawasan itu menunjukkan jumlah undi yang diterima oleh PAS selaku penyandang pada pilihan raya umum 2008 dan 2013 menurun.

"Tetapi kita mesti berbekalkan faktor yang penting iaitu kesatuan jentera parti kita," katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan mesyuarat dan pemilihan Umno Bahagian Semporna, di sini, Sabtu.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Penyelaras Jentera Persekutuan yang membabitkan beberapa kementerian, bagi meneliti keperluan penduduk Sungai Limau.

Bantuan yang disalur akan disesuaikan dengan kehendak dan keperluan penduduk kawasan itu yang merupakan kawasan luar bandar, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain