suria

Lapor Secara Bertulis Salah Laku Calon - Megat Najmuddin

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno hanya akan bertindak terhadap mana-mana laporan tentang salah laku calon sepanjang pemilihan parti jika ia dibuat secara bertulis.

Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, sejak Jumaat, beliau menerima banyak panggilan telefon daripada calon dan anggota perwakilan yang membuat aduan kononnya terdapat salah laku calon-calon yang bertanding.

"Memang banyak yang diterima secara lisan sejak semalam (Jumaat).

"Apa yang boleh saya katakan, mereka (yang membuat aduan) perlu membuat laporan bertulis secara rasmi kerana kita (lembaga) hanya akan menyiasat sekiranya ada (laporan) hitam putih," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Sabtu.

Megat Najmuddin mengulas dakwaan terdapat salah laku calon-calon yang bertanding pada pemilihan parti kali ini.

Selain itu, katanya, pengadu juga perlu mengemukakan bukti salah laku seperti yang dilaporkan sebelum tindakan lanjut diambil Lembaga Disiplin. - BERNAMA

Artikel Lain