suria

Azalina Tanding MT Kerana Ingin Bersuara Dalam Parti

KUALA TERENGGANU: Calon Majlis Tertinggi Umno (MT) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau ingin bertanding bagi jawatan itu kerana MT merupakan pembuat dasar dalam parti.

Anggota Parlimen Pengerang itu berkata pada pemilihan akan datang, MT perlu banyak membuat perubahan.

"Apabila saya berada dalam MT saya boleh bersuara dan dapat melontarkan pandangan untuk dikongsi bersama. Saya tidak merebut jawatan dalam Pergerakan Wanita, kerana tidak mahu dikatakan selepas memegang Puteri, ingin menerajui Pergerakan Wanita pula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis memperkenalkan calon MT dan tiga sayap Umno di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Azalina berkata yang penting bukanlah jawatan individu tetapi fokus utama ialah memenangi pilihan raya umum ke-14.

"Apa gunanya kita hebat dalam parti, tetapi tidak hebat pada pandangan rakyat," kata bekas Menteri Belia dan Sukan serta bekas Menteri Pelancongan itu. -BERNAMA

Artikel Lain