suria

Tiga Pelajar Nigeria Dihukum Mati Kerana Edar Dadah

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar kolej warga Nigeria dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1008.3gram dua tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap Chigozie Umeohudo Patrick, 26, Nnaemeka Nwafor, 25, dan Chibuike Collions Nnebedum, 24, pada akhir kes pembelaan.

"Saya mendapati bahawa keterangan oleh pihak pembelaan tidak boleh dipercayai, penafian semata-mata dan palsu semata-mata .

"Mahkamah mendapati bahawa anda bersalah dan oleh itu, saya jatuhkan hukuman mati," katanya.

Tertuduh didakwa mengedar di Jalan 4/40 di Taman Sri Segambut di sini pada kira-kira pukul 5:30 petang pada 10 Jun 2011.

Dalam rayuan untuk budi bicara, peguam kepada Chigozie dan Chibuike iaitu Rajpal Singh berkata anak guamnya tidak mempunyai kesalahan lampau dan datang ke Malaysia sebagai pelajar.

Sepanjang perbicaraan, ia mendedahkan bahawa dadah itu ditemui dalam sebuah tin biskut.

Artikel Lain