suria

Lebih 19,000 Jemaah Haji Malaysia Kini Di Makkah

MAKKAH: Lebih 19,000 daripada keseluruhan 22,320 jemaah haji Malaysia kini berada di tanah suci Makkah sementara menunggu hari wukuf pada 14 Oktober ini.

Pengarah Operasi Media Tabung Haji (TH), Anis Zuhani Ahmad berkata, setakat ini 57 penerbangan haji dari Malaysia telah tiba dan baki tujuh lagi akan tiba secara berperingkat sehingga 9 Oktober ini.

Jemaah haji terbabit ditempatkan di lapan buah maktab milik TH di Makkah.

Usai mengerjakan ibadat haji, jemaah haji Malaysia yang sebelum ini terus ke Makkah akan dibawa ziarah ke Madinah bermula 26 Okt dan berada di sana selama lapan hari sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Tahun ini bilangan jemaah haji Malaysia berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya susulan pengurangan kuota sebanyak 20 peratus yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi ke atas semua negara berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain