Kerajaan Tidak Akan Sekat Akses Facebook - Ahmad Shabery - Semasa | mStar

Kerajaan Tidak Akan Sekat Akses Facebook - Ahmad Shabery

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (depan kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Time dotCom Berhad Afzal Abdul Rahim (empat kanan) semasa melihat kabel yang digunakan ketika lawatan ke kapal yang memasang Kabel Antarabangsa Dasar Laut Malaysia di Pelabuhan Kuantan, Rabu. -fotoBERNAMA
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (depan kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Time dotCom Berhad Afzal Abdul Rahim (empat kanan) semasa melihat kabel yang digunakan ketika lawatan ke kapal yang memasang Kabel Antarabangsa Dasar Laut Malaysia di Pelabuhan Kuantan, Rabu. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Kerajaan tidak akan menyekat akses akaun laman sosial Facebook atau laman-laman web yang lain kerana ia memberi banyak faedah kepada masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, walaupun terdapat pihak yang menyalahgunakan laman web atau laman sosial seperti Facebook untuk menyebar fitnah tetapi bukan semua terbabit dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Menyekat Facebook bukanlah satu pilihan yang baik. Ini kerana kita tahu ia banyak membawa faedah berbanding penyalahgunaan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Di negara kita ada 16 juta pemilik akaun Facebook dan antara pemilik akaun itu ialah pelajar berumur lapan tahun, dan mereka ini tidak terlibat dalam penyalahgunaan media sosial seperti Facebook untuk melemparkan fitnah atau tohmahan kepada pihak lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di projek pemasangan gentian optik untuk jalur lebar sepanjang 10,000 kilometer dari Cherating ke Jepun oleh firma Time.com Berhad di Pelabuhan Kuantan di sini Rabu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Time.com, Afzal Abdul Rahim.

Ahmad Shabery diminta mengulas mengenai desas-desus yang mendakwa kerajaan akan mengikut jejak langkah negara lain yang menyekat akaun Facebook kepada rakyat berikutan penyalahgunaan akaun berkenaan yang membawa keburukan kepada masyarakat.

Mengulas perkara itu, Ahmad Shabery berkata ibu bapa adalah pihak yang bertanggungjawab menyemai dan mendidik anak-anak agar mereka dapat menggunakan media sosial dan internet dengan bijak dan lebih bertanggungjawab.

"Kita kena pakat ramai-ramai tolak orang yang suka bercakap bohong dan melemparkan tohmahan serta fitnah menerusi laman sosial...orang seperti ini tidak ada integriti dan sentiasa akan diawasi pada masa akan datang," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini