CCTV Akan Dipasang Di Kem PLKN - Hishammuddin - Semasa | mStar

CCTV Akan Dipasang Di Kem PLKN - Hishammuddin

Hishammuddin.
Hishammuddin.

KLUANG: Lebih banyak langkah keselamatan akan dilaksanakan termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berikutan kematian seorang pelatih di kem Rompin baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan memandang serius kejadian itu dan akan menjalankan siasatan penuh.

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui tidak sedarkan diri di atas lantai di bilik mandi di kem Pinggiran Pelangi pada Ahad lalu.

Dia meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepala yang mungkin disebabkan dihentak berkali-kali oleh ia terbentur yang berkali-kali ke almari.

Tiga pelatih ditahan bagi membantu siasatan.

Hishammuddin berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan bahawa insiden seperti itu tidak berlaku lagi.

"Kematian Muhammad Suhaimi Norhamidi tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Kami akan meningkatkan keselamatan termasuk memasang kamera CCTV bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku pada masa depan," katanya.

Artikel Sebelum

Bekas MB Kedah Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain