suria

Penoreh Getah Maut Digilis Bas

KUANTAN: Seorang penoreh getah terbunuh selepas motosikal dinaikinya bergesel dengan sebuah bas henti-henti di km7 Jalan Jerantut-Temerloh dekat Jerantut pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata, dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, L. Saraswati, 56, dalam perjalanan dari rumahnya ke kebun getah yang terletak pada jarak kira-kira tujuh kilometer.

"Di tempat kejadian, dipercayai bas terbabit yang sedang memotong kenderaan di hadapannya telah bergesel dengan mangsa dari arah yang sama.

"Ekoran itu, mangsa telah diseret kira-kira 47 meter sebelum kepalanya digilis tayar belakang bas berkenaan," katanya pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa yang menetap di Kampung Mat Kilau itu disahkan mati di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain